Baru habis Makroteaching tadi setelah sekian lama saya menunggu giliran kumpulan kami... Saya juga sangat berpuas hati sama pengajaran sebentar tadi walaupun saya masih lemah lagi dalam mengikut flow RPH yang telah dirancang. Sebenarnya cabutan puaka itu bukan saya yang buat, melainkan partner saya sendiri - Mr. Udin. Apa boleh buat la tolong partner la time-time beliau susah. Oleh itu, semuanya membuahkan hasil. Topik adalah penyerapan, Kelas Tahun 3. Situasinya ialah saya nih seorang guru yang sibuk dan 30 minit lagi ada mesyuarat penting (segalanya boleh berlaku di sekolah) jajajajaja... Oleh itu dalam makmal tu, kami akan buat eksperimen dan 30 minit terakhir akan diganti oleh guru ganti (tidak lain dan tidak bukan partnerku tadi). Tidak apalah... kumpul pengalaman sementara ada masa :D
Sewaktu proses memberi kritikan.Labels: motivation, problems